in Articles, Education

Pendapat Mahasiswa: Universiti Bukan Tempat Memperoleh Kekayaan

– tetapi ia lebih, jauh lebih dari itu.

Artikel ini dipetik dengan izin pengguna Facebook bernama Pawaka Legendria. Link kepada sumber asal boleh didapati di hujung artikel ini.

Teringat dahulu seseorang dari pihak MLM datang kepada diri ini mengajak untuk turut serta bersamanya. Dengan lagaknya menunjukkan kemewahan dan kekayaan yang diperoleh dari MLM, dan mempamerkan gambar-gambarnya melancong ke luar negara.

Diri ini hanya mendiamkan diri mendengar riwayatnya sehinggalah kepada satu peringkat yang diri ini menderau darah kerana mengatakan tujuan universiti adalah untuk memperoleh kekayaan.

“Belajar tinggi-tinggi tetapi duit tidak dapat banyak. Untuk apa masuk ke universiti???”

“Awak masuk universiti sebab nak duit kan? Ala, join je tim ni.”

Adakah universiti hanya dipergi untuk menjadi kaya?

Sumber: Flickr user stardex

Pemikiran materialistik dan tamak kepada kekayaan beginilah membutakan fikiran bersihnya. Hatinya mula berpaksikan kepada kekayaan harta lebih daripada pembangunan peribadi ke dalam diri.

Universiti baginya adalah tempat memperoleh kekayaan, lubuk dan saluran kepada jalan harta.

Apakah ini matlamat institusi pendidikan bernama universiti?

Apakah ini matlamat institusi pendidikan bernama universiti?

Walhal di dalam kelas tutorial, atau kuliah, kita tidak diajarkan ilmu cara mendapatkan wang tetapi mempelajari diri kita sebagai seorang manusia! Seorang manusia yang mengenali alam ini serta isinya, manusia, dan lebih utama menuju Tuhannya.

Universiti, dengan segala disiplin dan bidangnya, melatih manusia agar melihat dunia ini dari berbagai rupa dan cara.

Segala teori, metodologi, teknikal, dan falsafahnya diterapkan supaya pelajarnya bersedia mengikut bidang mereka untuk berhadapan dengan waqi’ pada persekitarannya.

Ia menanamkan ilmu supaya menjadikan pelajar itu berhikmah, mengetahui dimana tempatnya. Perihal ini menjadikan dirinya sebagai seorang manusia yang berbudi dan bertanggungjawab akan keadaan masyarakatnya melalui bidang masing-masing.

Tujuan satu pendidikan universiti yang sebenar

Universiti adalah sebuah taman keilmuan, mendidik manusia menjadi berakal budi, dan membentuk sahsiah peribadi.

Melahirkan manusia berfikiran holistik dan berfikir waras atas ilmunya yang disirami.

Daripada ilmu inilah mereka cuba beramal pada lapangan mereka suatu hari nanti. Menjadikan diri sebagai seorang manusia, memanusiakan manusia. Sudah manusianya dia, maka lahir insan yang baik pekertinya.

6 Persediaan Wajib Untuk Pelajar Universiti Yang Hendak Berjaya Pada Semester Baru

Nilai intrinsik ini yang amat diperlukan dalam diri.

Jika harta yang dicari melalui jalan ilmu ini, lebih lagi untuk kekayaan, maka berniagalah sepertimana anjuran Ibn Hazm, ulama terkenal Andalusia.

Universiti melahirkan ilmuwan, widyawan, cendekiawan, dan insan berwawasan.

Universiti melahirkan ilmuwan, widyawan, cendekiawan, dan insan berwawasan. Bukan melahirkan manusia yang buta akan kekayaan sehingga mencemuh institusi yang mendidiknya sendiri.

Hanya yang kurang waras pemikirannya berkata demikian.


Dalam ruang Pendapat Mahasiswa, kami mengutarakan pendapat-pendapat mahasiswa Malaysia yang menarik dan boleh mencetuskan perbincangan positif. Pendapat-pendapat ini dibawa oleh para penulis sendiri dan Skolafund tidak semestinya setuju 100% dengan apa yang dikatakan.

Jika anda mempunyai pendapat tentang satu isu berkenaan kehidupan para mahasiswa atau masa hadapan Malaysia, anda dijemput menghubungi kami melalui emel [email protected].

Jangan lupa kongsi artikel ini jika ia bermanfaat melalui Facebook, Twitter atau Whatsapp!

Artikel-artikel ini pun menarik juga okay:

“God sent me Angels.” This Young Wife Thought She Had To Kill Her Savings Just To Stay In School, But…

“Ditaja Oleh Rakyat Malaysia” – Kisah Semangat Rakyat & Piala Dunia 1982 Yang Anda Mesti Baca

Dengan RM13/sebulan, 30 Pelajar Miskin ini Memulakan Biasiswa Mereka Sendiri

 

Have Your Say!