in Crowdfunding Strategies

Strategi tips sebaran kempen sangatlah bermanfaat bagi setiap satu kempen crowdfunding yang dilancarkan di platform Kitafund. Ini dapat membantu pemula kempen untuk melakukan sebaran yang optimum bagi kempen mereka untuk mencapai target 100%.

Kepada para pemula kempen, di sini kami sertakan strategi tips sebaran kempen bagi memudahkan anda untuk melakukan sebaran tersendiri. Jom baca dan ikut panduan tips-tips tersebut di bawah!

Sebelum Kempen Dilancarkan

Apa perlu saya buat sementara tunggu kempen dilancarkan?
  1. Cari 5 orang yang akan bantu sebar kempen dan memberi sokongan (moral atau kewangan)
  2. Buat satu jadual untuk perjalanan kempen anda selama 30 hari

Selepas Kempen Dilancarkan

Apa perlu saya buat SELEPAS kempen dilancarkan?
  1. Kongsi dan sebar kempen anda seramai yang boleh.
  2. Manfaatkan media sosial anda: WhatsApp group, rakan Facebook
  3. Pastikan anda menggunakan pautan rujukan (referral link) untuk jejaki sumber sumbangan
  4. Pastikan untuk tidak spam group yang sama
Kongsi kempen menggunakan pautan di bawah

 

Tips sebaran kempen

Klik pada icon yang anda ingin sebarkan di media sosial. Icon-icon di atas dijelaskan seperti berikut:

Tips Sebaran Kempen KitafundDengan menggunakan pautan link di atas, ia menunjukkan bahawa setiap perkongsian di media sosial dapat memberi impak terhadap sumbangan kepada kempen.

Tips Sebaran Kempen KitafundDaripada Facebook, sebanyak 713 kali kempen dikongsikan manakala sebanyak 55 kali dikongsikan di Twitter.

Strategi Tips Sebaran Kempen

1. Masukkan keunikan kisah anda

Contoh:
“Penyakit ganjil yang adik saya hidapi adalah satu-satunya di Malaysia, mengikut pakar.”

2. Manfaatkan networking di media sosial anda

Tips:
Masuk group Facebook yang mempunyai ramai ahli. Sebar kempen anda di situ.
Tag nama selebriti atau influencer di Twitter apabila kongsikan link kempen anda.
Buat satu poster yang menarik perhatian dan letak link kempen di Bio anda di Instagram.

3. Berikan pembaca 1 SEBAB kuat mereka patut menyokong kempen anda

Contoh:

  • “Saya berasal dari keluarga yang susah. Saya anak yang pertama dapat masuk universiti kerana kakak dan abang saya tidak mempunyai peluang itu dulu.”
  • “Team kami telah cuba pelbagai alternatif untuk mengumpul dana bagi projek membina perigi di Africa di sebuah perkampungan yang belum pernah dilawati oleh orang luar. Kumpul dana orang ramai melalui Kitafund adalah usaha terakhir team saya untuk cukupkan lagi RM50,000.”
4. Jangan putus asa

Jangan biarkan sehari berlalu tanpa anda kongsi link kempen. 30 hari adalah masa yang terhad tetapi boleh capai target dengan usaha dan strategi yang betul.

Facebook
  • Sertai group-group besar secara bersasar. Contohnya,
  • Kempen kucing : Masuk “Group Pencinta Kucing”, “FIP Fighters”, “Saya Sayang Kucing – Malaysia” dan lain-lain.
  • Kempen pesakit : Masuk group “Pesakit Kanser Malaysia”, “Sakit buah pinggang” dan lain-lain.
  • Masuk group yang ramai followers & ahli seperti “Jom Iklan Di Sini”, “Jom Viral”, dan lain- lain. Pastikan anda baca peraturan group sebelum sertai supaya post anda nanti tidak dipadam.
  • Hadkan perkongsian post dalam group sebanyak 10 group sahaja dalam sehari untuk dielakkan akaun daripada di ban.
Instagram
  • Buat satu poster ringkas berkenaan kempen. Boleh masukkan gambar yang bersesuaian, target kempen serta tujuan kempen dijalankan.
  • Kongsikan poster tersebut di Instagram dan masukkan hashtag (#) yang bersesuaian seperti #kanser, #ubatFIP dan lain-lain.
  • Kongsikan juga di IG story dan jika ingin lagi kreatif, buat satu IG Live bersama penonton untuk berkongsi serba sedikit berkenaan kempen yang dijalankan.
  • Letakkan link kempen di bio untuk memudahkan orang ramai terus klik link.
Twitter
  • Elakkan twit berkenaan kempen tanpa meletakkan sebarang ayat. Masukkan dua atau tiga ayat untuk mengajak pembaca menekan link kempen.
  • Tag influencers di Twitter atau DM influencers untuk mohon bantuan supaya post di-retweet.
Waktu terbaik untuk membuat sebaran bagi tahun 2021 (hasil daripada kajian)

Sumber: https://www.oberlo.com/blog/best-time-post-social-media

Kajian di bawah adalah antara waktu paling aktif di media sosial

Waktu terbaik: Rabu, 11am, 1-2pm

Waktu terbaik lain: Isnin, Rabu, Jumaat: 10-11am

Waktu terbaik: Rabu: 11am | Selasa: 2pm | Jumaat: 10-11am

Waktu terbaik lain: Isnin, Selasa, Jumaat: 11am

Tips Sebaran Kempen Kitafund

Waktu terbaik: Rabu & Jumaat: 9 am

Tips Sebaran Kempen Kitafund

Waktu terbaik: Rabu: 3pm | Khamis: 9 – 10am | Jumaat: 11am – 12pm

Tips Sebaran Kempen Kitafund

Waktu terbaik: Rabu & Khamis: 2-4pm
 

Have Your Say!