in #skolafunded

Berpuluh-puluh graduan yang berpotensi tinggi telah diberikan peluang emas oleh komuniti Skolafund. Dalam siri ini, kita menemui kembali graduan tersebut untuk mengetahui apa yang telah mereka lakukan setelah akhirnya kempen mereka, dan kata-kata bermotivasi untuk para graduan dan penyokong kempen mereka.

Hari ini, kita menemui seorang gadis dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), yang berjaya memperolehi Degree di dalam kos Computational Mathematics. Namun, tanpa bantuan anda semua, Syakila merasakan beban yang amat berat untuk menampung bayaran tahun terakhirnya.

Berikut ialah kisah Syakila.

skolafunded logo

Skolafund: Hi! Selamat datang ke #skolafunded. Kenalkan diri anda sedikit. 

Bolehkah anda beritahu kami nama anda, universiti dan course di mana anda belajar dan fakta yang paling menarik sekali tentang diri anda?

Syakila: Nama saya Syaidatull Azuarina Syakila binti Ab. Razak. Seorang graduan dalam bidang Sarjana Muda Sains Matematik Komputeran dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Saya seorang yang komited dengan apa jua kerja yang saya lakukan dan saya seorang yang suka bergiat aktif dalam bidang kepimpinan.

SF: Apa yang telah mengambil masa anda baru-baru ini? 

Syakila: Setelah berjaya mendapatkan biasiswa dari Skolafund, saya berjaya menghabiskan pelajaran dalam kos terbabit. Saya sekarang sedang berkhidmat di salah satu syarikat swasta di kampung saya, Kota Bharu sebagai Junior Executive Accounts.

SF: Apa yang anda merancangkan buat masa depan sekarang ini? 

Syakila: Pada masa hadapan, saya bercadang untuk memulakan satu perniagaan pusat servis kenderaan sendiri di tempat asal kelahiran saya, Jeli, Kelantan kerana pada awal saya bergraduat, saya bekerja sebagai Kerani Akaun dan Pentadbiran di sebuah pusat servis kenderaan. Berada di posisi pentadbiran dan akaun, saya banyak belajar tentang cara pengurusan dan mengetahui serba sedikit selok belok pengurusan.

Saya mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan tetapi tidak mengetahui mana-mana sumber yang boleh saya minta guidance dan dana awal untuk bermula. Saya sekarang telah mempunyai satu syarikat berdaftar dengan SSM tetapi cuma menjalankan perniagaan secara atas talian.

SF: Kami semua harapkan yang terbaik! Okay, mari kita berbual tentang crowdfunding. 

Bagaimana kali pertama anda tahu tentang Skolafund? Apakah reaksi anda?

Syakila: Saya mengetahui tentang Skolafund melalui facebook dan cuba melawati laman web Skolafund ketika saya dalam tempoh berpraktikal. Saya mencuba nasib memandangkan saya mempunyai masa 2 bulan sebelum bergraduasi untuk menyelesaikan tunggakan yuran bagi sem akhir. Saya cuma memerlukan dana untuk menyelesaikan yuran pengajian dan yuran asrama dan Alhamdulillah saya berjaya. Terima kasih kepada semua sponsor dan admin Skolafund.

SF: Adakah anda melakukan apa-apa untuk menyediakan diri sebelum campaign anda bermula? Apakah perasaan anda sebelum memulakan campaign Skolafund anda?

Syakila: Saya meyertai Skolafund tanpa melakukan apa-apa persiapan kerana saya sekadar mencuba nasib. Tetapi sepanjang melakukan kutipan, saya turut berkongsi kempen yang saya lakukan melalui laman facebook, twitter dan instagram saya. Selebihnya saya selalu berhubung dengan admin Skolafund melalui emel untuk di guide ke tahap seterusnya supaya kempen ini berjaya.

SF: Apa pengalaman pahit atau manis yang tidak dapat dilupakan semasa campaign Skolafund anda?

Syakila: Pengalaman pahit sepanjang berkempen, dana yang saya cuba dapatkan masih belum berjaya padahal masa yang tinggal untuk berkempen adalah kurang lebih 14 hari sebelum berakhir. Dan saya dimaklumkan oleh admin Skolafund, kempen ini adalah berkonsepkan zero or nothing at all. Jika dana bagi kempen ini tidak mencukupi, dana yang di sponsor akan dipulangkan kepada tukang sponsor. Jika dana yang dapat dikumpul adalah bersamaan atau lebih dengan jumlah yang diperlukan barulah kempen ini akan berjaya.

Tanpa kalian, saya belum tentu disini. Terima kasih kerana memberi satu peluang untuk saya berbakti. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bergraduat pada masanya.

Saya cuma bertawakkal dan cuba meneruskan kempen. Pengalaman manis nya pula ialah apabila pihak admin Skolafund memberi emel bahawa kempen saya berjaya dan bahagian Bendahari universiti menelefon bahawa yuran saya telah diselesaikan dan saya boleh mula mengambil pakaian untuk graduasi saya.

SF: Bolehkah anda kongsi 3 perkara sebagai cadangan bagi sesiapa yang sedang berfikir untuk crowdfund pengajian mereka sendiri?

Syakila: Perkara penting untuk menjadikan kempen ini adalah sesuatu yang berjaya: anda kena selalu share kempen anda kepada umum supaya mereka mengetahui anda sedang meraih kempen dan menyokong kempen anda. Selalu berhubung dengan admin untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

SF: Apakah mesej anda kepada semua yang menyokong campaign Skolafund anda?

Syakila: Kepada semua yang telah menyokong dan memberi dana untuk kempen saya, saya berterima kasih dengan sesungguhnya kepada kalian. Tanpa kalian, saya belum tentu disini. Terima kasih kerana memberi satu peluang untuk saya berbakti. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk bergraduat pada masanya.

Saya doakan kalian dimudahkan urusan sebagaimana kalian memudahkan urusan saya. Saya harap hidup kalian lebih berjaya dengan memberi kejayaan kepada hidup orang lain. Terima kasih.

 SF: Jika para pembaca ingin mengikut anda di social media, di manakah mereka boleh melakukan tersebut?

Syakila: Boleh berkawan dengan saya di facebook Syaidatull Azuarina Syakila. Jangan lupa mention anda dari Skolafund sebab saya tidak menerima permintaan dari orang yang tidak dikenali.

SF: Terima kasih kerana mengambil bahagian bersama #skolafunded! Tahniah atas segala kejayaan anda dan semoga terus maju ke hadapan. Kami bangga kerana dapat membantu sedikit sebanyak, dan kami akan sentiasa kekalkan perhubungan dengan anda (:


Adakah anda seorang graduan? Adakah anda ingin mengambil bahagian dalam komuniti Skolafund yang semakin berkembang? Jemput ke Facebook Group ekslusif kami, Skolafund Student Community – Scholarships, Funding & Opportunities!

Di dalam group ini, kita akan kongsikan pelbagai tips, biasiswa dan banyak lagi untuk anda semua – sebelum orang ramai dapat mengetahuinya. Lihat anda di sana!

 

Have Your Say!