in Kitafund

Sebar kebaikan walau di mana saja anda berada. Di zaman teknologi serba boleh ini, amalan mulia seperti bersedekah dan memberi juga boleh dilakukan secara online walau hanya berada di rumah.

Bayangkan, sumbangan RM20 yang telah anda sumbangkan akan terus masuk ke dalam kempen dana penerima tanpa perlu anda bersusah payah untuk keluar mencari mereka yang memerlukan.

Bayangkan lagi, jika kita dapat kumpulkan 100 orang yang lain untuk menyumbang dengan jumlah yang sama, pasti penerima dapat mengumpul sebanyak RM2,000 dalam masa yang singkat.

Inilah yang dinamakan dengan crowdfunding, atau erti kata lain, pendanaan dana orang ramai. Inilah juga istimewanya teknologi apabila ia digunakan dengan cara yang betul.

Mudahnya untuk sebar kebaikan. Bagaimana caranya?

Untuk memudahkan #OrangPrihatin memberi serta sebarkan kebaikan, platform Kitafund.com diwujudkan bagi menerapkan amalan bersedekah dan berkongsi bersama mereka yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, platform Kitafund juga dibina untuk memberi peluang kepada golongan serta komuniti yang memerlukan untuk mengumpul dana bagi keperluan seperti perubatan, kemanusiaan serta pendidikan.

Jom lihat lebih lanjut bagaimana anda boleh sumbangkan RM20 dengan 3 langkah mudah di bawah. Tak sampai 10 minit, anda dah berjaya memberi tanpa perlu kemana-mana pun tau!

1. Layari Kitafund.com dan pilih kempen yang dihajati

menyumbang

Pilih dan klik pada mana-mana kempen yang ingin disumbangkan dan seterusnya laman kempen tersebut akan dipaparkan. Di situ nanti info lanjut mengenai projek ataupun pemula kempen ada disiarkan berserta jumlah kos dana yang ingin dikumpulkan.

Di laman kempen juga ada disiarkan jumlah kutipan dana semasa, berapa lagi diperlukan serta jumlah para penyumbang. Ini selari dengan value dan polisi kami yang mementingkan ketelusan di antara penerima dana dan juga penyumbang.

2. Klik ‘Sumbang’ pada kempen pilihan

sebar kebaikan

Anda boleh pilih di antara amount yang telah ditetapkan iaitu RM20, RM50 atau RM100 atau tetapkan sendiri jumlah yang ingin anda sumbangkan mengikut kesesuaian.

Untuk meneruskan sumbangan, anda perlu masukkan alamat email anda untuk tujuan penerimaan resit nanti. Selepas itu, pilih jenis mod pembayaran samada menggunakan FPX (Online Banking), e-Wallet ataupun PayPal.

Jika anda bersetuju dengan amount yang hendak disumbangkan, klik ‘Sumbang’ untuk meneruskan sumbangan di laman seterusnya.

3. “Sumbangan Anda Telah Berjaya. Terima kasih!”

sebar kebaikan

Selepas sumbangan berjaya dilakukan, anda akan menerima resit di alamat email yang anda telah anda isikan tadi.

Anda juga boleh membuat perkongsian di akaun media sosial untuk bantu sebarkan kempen tersebut bersama rakan-rakan dan followers anda. Dengan perkongsian ini, keberangkalian bagi kempen tersebut untuk menerima dana daripada orang ramai adalah lebih tinggi.

Dengan itu, lebih ramai orang lihat kempen tersebut, lebih cepat kempen tersebut berjaya mencapai target dana yang hendak dikumpulkan.

Dan semua ini dapat tercapai bermula dengan hanya satu SHARE daripada anda.

Jom kongsi dan sebar kebaikan walau sekecil manapun ia. Mungkin kecil bagi kita tetapi sangat besar bagi mereka yang memerlukannya.

 

sebar kebaikan

Have Your Say!