in Articles

Satu Kisah Tentang Bola Sepak, Semangat Rakyat & Piala Dunia 1982

– siaran langsung ini ditaja oleh rakyat Malaysia.

 

Rakyat Malaysia memang gila bola. Tiada sesiapa yang akan menafikan perkara itu. 

Siapa yang tidak merasa bangga pada saat pemain Penang Faiz Subri, di depan seluruh dunia, mendapatkan anugerah Puskas untuk goal terbaik tahun 2016?

Siapa yang tidak terharu apabila menonton filem Ola Bola – kenangan tentang pasukan tersohor Harimau Malaya pada tahun 1980 – yang berbilang bahasa, bangsa dan agama bersatu melalui sukan?

(Credit: freemalaysiatoday)

Masih tidak percaya? Lihat sahaja gambar-gambar baru ini yang menunjukkan usaha rakyat Malaysia yang sanggup beratur untuk satu hari suntuk, demi mendapatkan tiket untuk menyaksikan Final Sukan SEA Games 2017 di Stadium Shah Alam.

Credit: @NST_Online

Credit: @Inche_Daus

 

Rakyat Malaysia dan Bola Sepak memang tidak boleh dipisahkan.

Tetapi untuk mereka yang mungkin tidak tahu, fenomena ini bukan terhad kepada bola sepak tempatan. Tanyalah mana-mana peminat bola sepak di Malaysia soalan-soalan ini dan kami pasti mereka akan ada pendapat tersendiri – jangan gaduh sudah, ya!

  • Messi atau Ronaldo?
  • Premier League, Serie A, Bundesliga atau La Liga?
  • Jose Mourinho atau Pep Guardiola?

Dan bila perlawanan antarabangsa bermula dan demam Piala Dunia melanda satu negara, mungkin anda boleh cuba tanya:

  • Brazil atau Itali?

Itulah di antara topik panas yang fanatik bola sedang bincangkan di kedai-kedai kopi Malaysia pada tahun 1982. Tetapi pada hari-hari sebelum Piala Dunia 1982, fanatik bola Malaysia juga sedang keresahan. Ini kisah bagaimana rakyat Malaysia bersatu dan berjaya merealisasikan impian mereka. Jika anda ingin ketahui kuasa sebenar rakyat, anda wajib bacanya.

Demam Piala Dunia Melanda, Tetapi Rakyat Tiada Cara Untuk Mengubatinya

Piala Dunia hampir bermula di Espanyol, tetapi di Malaysia, semua orang resah. RTM telah mengumumkan bahawa hanya empat perlawanan akan disiarkan secara langsung: perlawanan pembukaan, separuh akhir dan akhir. Siaran empat perlawanan ini ditaja oleh syarikat minyak besar, Shell tetapi RTM tidak ada duit yang cukup untuk siarkan perlawanan-perlawanan lain.

Pada 13 Jun 1982, rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia 1982 di antara Belgium dan Argentina (dengan seorang pemain muda bernama Diego Maradona). Belgium telah berjaya menewaskan gergasi antarabangsa 1-0.

Di mana-mana anda lihat, rakyat Malaysia bersama-sama terpegun dan bersorak selama 90 minit itu.

Tetapi sebaik sahaja wisel referee menandakan akhirnya perlawanan itu berbunyi, semua orang bagaikan tak dapat percaya bahawa – untuk beberapa minggu lagi – mereka tidak akan dapat menyaksikan perlawanan hebat lain yang pasti akan dimainkan di Espanyol. 

Demam Piala Dunia telah melanda, tetapi RTM tidak ada cukup duit untuk mengubatinya. 

Di dalam situasi ini, seorang ejen insurans bernama Peter Teo, 27 tahun, mendapat sebuah idea yang akan menyatukan seluruh rakyat Malaysia, demi cinta kepada sukan bola sepak.

The People’s Live Telecast Fund (PLTF) – Setiap Rakyat, RM1, Mesti Cukup.

Sebuah kartun lukisan Lat yang menggambarkan situasi pada 1982.

Pada hari esoknya, Peter Teo mebuat satu panggilan telefon kepada suratkhabar Malay Mail yang akan menyatukan seluruh rakyat Malaysia bersama dalam cinta mereka untuk bola sepak.

Rancangan Peter Teo begitu mudah. Mengikut kira-kiranya, jika setiap rakyat Malaysia menyumbang hanya RM1, pasti akan dapat mengumpul cukup duit untuk siarkan Piala Dunia 1982 bagi seluruh Malaysia.

RTM membalas dan bersedia menyiarkan satu perlawanan secara langsung jika RM60,000 dikumpul.

Dengan satu tujuan yang jelas dan persetujuaan di antara RTM dan rakyat, usaha siaran yang ditaja oleh rakyat pun bermula. Kempen ini diberikan nama People’s Live Telecast Fund atau Dana Rakyat Siaran Langsung (PLTF). Ini dikatakan sebagai kempen crowdfunding pertama sekali yang telah dimulakan oleh rakyat Malaysia, pada tahun 1982.

Satu daripada perlawanan yang ditaja oleh rakyat (Brazil 3-2 Italy) Credit: Allsport UK /Allsport

Menurut Bola Sepak Retro (FB), kempen crowdfunding tersebut bermula secara perlahan, tetapi menarik perhatian dengan cepat. Ini jumlah yang dikumpul oleh PLTF pada hari-hari permulaan kempen itu.

19 Jun: RM228

20 Jun: RM730

21 Jun: RM5,000

22 Jun: RM20,000

Pada hari ini, suratkhabar New Nation di Singapura melaporkan bahawa pembantu pengarang (assistant editor) di The Malay Mail telah mengatakan:

“The paper has been inundated with telephone calls from generous individuals as well as companies.”

“The fund is gaining momentum,” he said.

Pelbagai cara kreatif dimulakan untuk menyumbang kepada dana PLTF ini oleh individu dan syarikat seluruh Malaysia. Sebagai contoh, satu syarikat tempatan menyumbangkan secara percuma t-shirt kepada Malay Mail untuk dijual, dengan hasilnya sehingga RM3,000.

Logo lama RTM. Credit: alippz.blogspot.com

Setiap hari, The Malay Mail menyenaraikan setiap nama penderma di dalam halaman-halaman suratkhabar mereka. Senarai ini semakin panjang setiap hari, termasuk nama-nama individu terkenal seperti Yang-Dipertuan Agong Sultan Ahmad Shah & Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.

23 Jun: RM40,000.

24 Jun: lebih kurang RM66,116.45

Dalam hanya 6 hari, rakyat Malaysia telah berjaya mengumpul RM60,000 yang diperlukan untuk siaran langsung satu perlawanan Piala Dunia 1982.

Tetapi usaha itu tidak berhenti dengan capaian itu. Sebaliknya, ia berterusan dengan lebih pantas.

25 Jun: RM156,000 (dengan sumbangan RM50,000 daripada Caltex Malaysia)

Pada 26 Jun, sebuah perlawanan bola sepak amal diadakan yang melibatkan artis-artis Malaysia dan wartawan daripada The Malay Mail. 5,000 tiket dijual untuk perlawanan ini dengan harga RM5 dan RM10. Semua hasilnya ditujukan kepada Dana Tajaan Rakyat PLTF.

Dengan semua usaha ini, RM300,000 dikumpulkan oleh rakyat Malaysia.

Akhirnya, dengan semua usaha ini, lebih kurang RM300,000 telah dikumpulkan oleh rakyat Malaysia.

Jika ini merupakan kempen crowdfunding pertama di Malaysia, rakyat Malaysia telah berjaya mengumpul %500 daripada jumlah asal RM60,000.

Dan paling penting sekali, demam Piala Dunia rakyat Malaysia akhirnya akan diubati. Dengan duit yang dikumpul, RTM siarkan secara langsung 4 perlawanan berikut:

Dengan perlawanan pembukaan, separuh akhir dan akhir yang telah dijanjikan oleh RTM sebelum ini, rakyat Malaysia dapat menyaksikan 8 perlawanan hebat di Piala Dunia 1982, Espanyol.

Dengan baki duit yang ada di PLTF, RTM membuat keputusan untuk siarkan perlawanan amal UNICEF Match All-Star pada 7 Ogos 1982 yang berakhir FIFA World Star 2 – 3 Europe.

Pada setiap dari 5 perlawanan yang disaksikan, tertera di kaca TV: “Ditaja Oleh Rakyat Malaysia.”

Pada setiap dari 5 perlawanan yang disaksikan, tertera di kaca televisyen “Siaran Langung Ini Ditaja Oleh Rakyat Malaysia.”

Segalanya bermula daripada satu panggilan telefon.

Segalanya berjaya dengan semangat dan usaha individu, syarikat dan rakyat Malaysia tanpa kira bangsa, agama dan pangkat.

Untuk mereka yang dapat mengambil bahagian dalam usaha ini, melihat perkataan-perkaatan itu pasti akan menimbulkan perasaan bahagia dan bangga di dalam hati.

Sebuah komen daripada FB tentang Tajaan Rakyat 1982.

Sebuah komen daripada FB tentang Tajaan Rakyat 1982.

Seringgit, seorang. Demam Piala Dunia. Panggilan yang menyatukan rakyat.

Semoga kisah ini terus menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia. Jangan lupa kongsikan artikel ini melalui Facebook, Twitter atau Whatsapp atau tinggalkan komen di bawah!

Artikel Lain Yang Mungkin Anda Suka:

Dengan RM13/sebulan, 30 Pelajar Miskin ini Memulakan Biasiswa Mereka Sendiri

6 Persediaan Wajib Untuk Pelajar Universiti Yang Hendak Berjaya Pada Semester Baru

“God sent me Angels.” This Young Wife Thought She Had To Kill Her Savings Just To Stay In School, But…

 

 

Have Your Say!