in Education, Scholarships

Senarai Laman Web Biasiswa Untuk Pelajar Malaysia

Kita mengumpulkan semua, jadi anda tidak perlu melakukannya

Berikut adalah 14 laman web yang mengumpulkan peluang-peluang biasiswa untuk pelajar Malaysia.

Ada biasiswa untuk semua tahap pengajian (Diploma, Degree, Postgraduan dan banyak lagi).

Ada biasiswa untuk universiti awam dan swasta.

Ada biasiswa untuk belajar di Malaysia, dan di mana-mana sahaja negeri antarabangsa.

Kita benar-benar harap senarai ini akan dapat membantu sebanyak pelajar mungkin! Jika ia membantu anda, jangan lupa kongsikan bersama semua rakan-rakan.

Beritahu rakan-rakan anda tentang senarai ini di Facebook, dengan hanya satu klik.

Lelaman Biasiswa Yang Tidak Aktif Pada Tahun 2017

Dalam mengumpul senarai lelaman biasiswa ini, kita juga jumpa banyak lelaman yang sudah tidak lagi aktif (atau tidak dikemaskini pada tahun 2017). Namun begitu, kami menyertai kesemuanya di sini:

  1. http://malaysia-scholarship.net/
  2. http://tawaranbiasiswa.blogspot.com
  3. http://biasiswakini.com (tidak dapat diakses, tetapi masih ada di Facebook)

Mana tau, anda mungkin akan jumpa satu peluang yang masih berguna bagi anda!

Jika terdapat lelaman web untuk mencari biasiswa yang kita terlepas pandang, bantu kami dengan meninggalkan comment di bawah.

Semoga berjaya!

1. Portal Rasmi Kerajaan Pendidikan Tinggi (KPT)

Nama: Portal Rasmi Kerajaan Pendidikan Tinggi (KPT)

Di mana lagi boleh kita cari peluang biasiswa dan tajaan jika bukan di Portal Rasmi KPT?

Segala informasi tentang peluang penajaan yang disediakan di sini, serta makluamat tentang bayaran pinjaman dan lain-lain.

Tahap Pengajian: Lepasan SPM, Ijazah Pertama, Ijazah Lanjutan dan Antarabangsa

Contoh Biasiswa: Postgraduate Diploma in Entrepreneurship

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Portal Rasmi Kerajaan Pendidikan Tinggi (KPT)

2. Youth Opportunities

Youth Opportunities - Scholarships

Nama: Youth Opportunities

Walaupun laman web ini bukan khas untuk pelajar Malaysia, ia sangat sesuai bagi mereka yang sedang mencari peluang belajar di luar negeri.

Biasiswa yang disediakan ialah untuk pelajar antarabangsa, dan pelajar dari Malaysia juga berhak untuk menghantar pemohonan. Peluang untuk conference dan internship juga ada.

Tahap Pengajian: Undergraduate, Masters, PhD, Postgraduate, Post Doctoral, Summer/Winter School

Contoh Biasiswa: Red Bull Music Academy 2018, Berlin, Germany

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Youth Opportunities

3. ASEAN Opportunities

ASEAN Opportunities Scholarships

Nama: ASEAN Opportunities

ASEAN Opportunities dimulakan pada 1 Januari 2017, tetapi sudah pun mendapat lebih kurang 8,761 likes di Facebook sejauh ini.

Mereka berasal daripada negara Cambodia, dan mempercayai bahawa pendidikan penting untuk setiap negara.

Selain peluang biasiswa untuk pelajar Cambodia, ASEAN dan Antarabangsa, ASEAN Opportunities menyediakan informasi tentang peluang exchange programinternshipconference dan banyak lagi.

Tahap Pengajian: Sekolah Menengah, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD

Contoh Biasiswa: The Skoll MBA Scholarship at University of Oxford, UK

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di ASEAN Opportunities Website, atau ikuti mereka di Facebook ASEAN Opportunities

4. Afterschool.my

Afterscool.my Scholarships

Nama: Afterschool.my

Setiap pelajar pendidikan tinggi di Malaysia wajib mengetahui tentang Afterschool.my – Laman Web Pendidikan No.1 di Malaysia

Sebelum memilih kos yang terbaik untuk anda, rajin-rajinlah membaca ringkasan yang ditulis tentang setiap kos, universiti yang terbaik dan pekerjaan yang berkenaan.

Tahap Pengajian: Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD

Contoh Biasiswa: The ZALORA Scholarship 2017

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Afterschool.my, atau ikuti mereka di Facebook Afterschool.my

5. Scholarship-Positions.com

Scholarship Positions Malaysia

Nama: Scholarship-Positions.com

Terdapat beberapa biasiswa di laman ini yang kita tidak jumpa di laman-laman yang lain di senarai ini.

Biasiswa tidak terhad kepada universiti awam atau swasta, di Malaysia dan antarabangsa.

Tahap Pengajian: Pre-University, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD (Postgraduate)

Contoh Biasiswa: Heriot-Watt University Malaysia 5th Anniversary Scholarships for International Students at Malaysia Campus, 2017

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Scholarship-Positions.com

6. Malaysia Scholarships

Malaysia Scholarships Screenshot

Nama: Malaysia Scholarships

Di lelaman ini, mereka telah menyediakan biasiswa daripada pihak kerajaan dan juga biasiswa korporat. Mereka juga mengkongsi peluang biasiswa untuk graduan SPM dan graduan STPM.

Tahap Pengajian: Foundation, Diploma, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD (Postgraduate)

Contoh Biasiswa: Karangkraf Scholarship 2017

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Malaysia Scholarships.

7. Scholarships Malaysia Students

Malaysia Scholarships Forum

Nama: Scholarships.Malaysia-Students.com

Jika dibandingkan dengan lelaman yang lain di senarai ini, mungkin laman ini tidak secantik atau mempunyai peluang yang banyak. Namun, apa yang membezakannya ialah satu forum yang telah disediakan khas untuk para pelajar yang mencari biasiswa.

Walaupun forum ini tidak begitu aktif, terdapat beberapa thread yang masih relevan dan menarik, seperti pengalaman seorang yang pernah menduduki temuduga biasiswa JPA untuk bidang kejuruteraan.

Tahap Pengajian: Pre-University, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD (Postgraduate)

Contoh Biasiswa: Biasiswa Yayasan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) Scholarship Awards

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Scholarships Malaysia Students.

8. Biasiswa.net

Biasiswa.net Scholarships

Nama: Biasiswa.net

Lelaman yang sangat simple, tetapi padat dengan peluang-peluang biasiswa di Malaysia dan antarabangsa.

Namun, pada masa ini (July 2017), kesemua biasiswa yang terdapat di sini telah pun tamat tempoh pemohonan. Post terbaru di Biasiswa.net bertarikh 16 March 2017 dan oleh itu masih disertakan di senarai ini – tetapi kita akan sentiasa semak kembali!

Tahap Pengajian: Pre-University, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD (Postgraduate)

Contoh Biasiswa: Malaysia International Scholarship 2017 (MIS)

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Biasiswa.net

9. Study Malaysia

Study Malaysia Scholarships

Nama: StudyMalaysia.com

Lelaman ini menyediakan kebolehan untuk mencari peluang mencari biasiswa atau pinjaman yang sesuai dengan kos anda.

Selain itu, terdapat sebuah artikel daripada 2015 yang penuh dengan informasi penting bagi setiap pencari biasiswa dan pelajar Malaysia, seperti informasi tentang JPA, PTPTN, Yayasan Tunku Abdul Rahman Scholarship dan banyak lagi!

Tahap Pengajian: Pre-University, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD (Postgraduate)

Contoh Biasiswa: KPT- Asasi Financial Assistance 2017

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di StudyMalaysia.com

10. Biasiswa.org

Biasiswa.org Scholarships

Nama: Biasiswa.org

Lelaman ini masih disertakan di sini walaupun post terkini tentang peluang biasiswa telah pun tamat tempoh pemohonan pada bulan May 2017.

Kita akan semak kembali senarai ini pada akhir tahun dan mengeluarkannya jika sudah tidak aktif lagi.

Tahap Pengajian: Pre-University, Bachelor’s Degree (Undergraduate), Masters & PhD (Postgraduate)

Contoh Biasiswa: Biasiswa Daikin Malaysia 2017

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Biasiswa.org

11. Skolafund


Nama: Skolafund

Ramai yang mengenali Skolafund sebagai tempat untuk “crowdfund” biasiswa daripada masyarakat, seperti pelajar UIAM ini yang berjaya mendapat RM6,6111 selepas tajaan JPA beliau ditarik secara tiba-tiba.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa individu dan organisasi yang telah pun memulakan biasiswa sendiri? Mereka dapat melakukannya melalui Skolaship, dan meletakkan syarat-syarat tersendiri untuk pelajar yang ingin mereka membantu.

Buat masa ini, biasiswa yang telah dimulakan termasuk Bursari Sinar Pendidikan untuk penduduk Parit Sulong, Johor, Inovastra Scholarship dan Zakiah Abdul Ghani Scholarship 2017.

Tahap Pengajian: Mengikut kehendak para penaja biasiswa.

Contoh Biasiswa: Zakiah Abdul Ghani Scholarship

Lihat semua biasiswa yang dikumpulkan di Skolafund. Anda juga boleh mengikuti Skolafund di Facebook untuk biasiswa terkini.

Adakah kami terlupa tentang mana-mana tempat yang pernah anda jumpa biasiswa untuk pelajar Malaysia? Tinggalkan comment anda di bawah, dan kami akan menyertakan secepat mungkin!


10 Syarikat Idaman Pekerja Di Malaysia – Dan Jawatan Kosong Yang Ada!

Pastikan setiap pencari biasiswa di universiti anda mengetahui tentang senarai ini – ‘Share’ sekarang di Facebook, Twitter atau Whatsapp.

Jika anda suka senarai ini, kami ingin menjemput anda menjadi ahli Facebook Group ekslusif – sebuah komuniti untuk mengongsi sebarang peluang untuk para pelajar dan graduan.

Sertai group Facebook kami di sini dan pastikan anda sentiasa mendapat informasi terkini: Skolafund Student Community – Scholarships, Funding & Opportunities

Have Your Say!