in Articles, Doing Good, Education, Scholarships

Sarjana-sarjana ini memulakan satu biasiswa untuk membantu seorang pelajar miskin seperti mereka – dan dia tidak ketahuinya.

Nama pelajar itu Patrick. Kisah ini akan membuat anda sedar sesuatu yang penting tentang erti “mencukupi”.

Setiap pelajar universiti yang tidak datang daripada keluarga berada mengetahui perjuangan ini. Anda cari sebarang cara yang mungkin untuk membayar yuran universiti. Mungkin anda mulakan sebuah bisnes kecil, atau anda mengambil pinjaman PTPTN.

Jika anda bernasib baik, anda mungkin mohon dan memenangi biasiswa – tetapi ada beratus atau beribu pemohon, dan tidak mungkin setiap seorang dapat memenanginya.

Situasi ini sama di Philippines. Walaupun ada pelajar miskin yang dapat perbantuan kewangan daripada kerajaan, tidak semua akan mendapatnya.

Namun, untuk scholar-scholar di kisah ini, mereka percaya bahawa – dengan sedikit yang mereka ada – mereka tetap boleh melakukan banyak. Dan walaupun mereka sendiri merupakan pelajar miskin, pelajar-pelajar ini bersama sepakat untuk ketepikan wang yang cukup untuk membawa satu lagi pelajar miskin dan bijak ke pelajaran tinggi.

Dan pelajar yang dibantu itu tidak kenal pun siapa yang bantunya.

Siapakah Ultra Mega Friends Foundation (UMFF)?

Giving was never about the wallet.

Giving was never about the wallet. (Credit: Our Better World)

Giving was never about the wallet. It was always about the heart.

Ini ayat pertama yang anda dengar daripada Adele Intervalo, pengasas Ultra Mega Friends Foundation (UMFF).

Adele dan rakan-rakannya adalah “scholars of the people” (sarjana-sarjana rakyat) – cara rakyat di Philippines memanggil pelajar miskin yang cemerlang pada pelajaran mereka, dan diberi biasiswa oleh kerajaan. (Kami benar-benar suka idea ini!)

Sebagai scholars, mereka sendiri tahu rasa menjimat sebnyak mungkin setiap hari, hanya untuk pastikan elaun bulanan mereka mencukupi. Kadang-kala mereka tidak makan. Ada yang akan jalan ke kampus dan tidak membayar untuk menaiki jeep.

Tetapi walau berapa susah pun situasi mereka, Adele dan 29 kawan-kawannya dapat mengumpul semangat untuk membantu seorang lagi pelajar miskin.

“Saya mungkin terpaksa tidak makan untuk sehari untuk mendapatkan 150 pesos itu setiap bulan.”

Patrick's university education is funded by Adele and her friends through UMFF - without him knowing who they are.

Setiap bulan, Adele dan 29 lagi Sarjana Rakyat megetepikan 150 pesos (RM13) seorang untuk diletakkan kepada biasiswa Ultra Mega Friends Foundation (UMFF). Situasi kewangan mereka sendiri bermakna mereka terpaksa berlapar atau berjalan ke universiti (walaupun jauh, untuk jimat kos menaiki jeep). Tetapi bagi mereka, nilai biasiswa UMFF ini jauh lebih penting.

Di dalam sebulan, mereka akan mengumpul 4,500 pesos. Di dalam setahun, mereka akan ada 54,000 pesos. Itu hampir RM4,600.

Pasti mencukupi untuk membantu seorang pelajar miskin seperti mereka.

Selepas memulakan biasiswa UMFF, mereka pergi mencari pelajar cemerlang yang memerlukan perbantuan. Itulah saat mereka menemui Patrick.

7 Kisah Tersembunyi Daripada Malaysia Yang Pasti Akan Buat Anda Terharu

“Saya berhenti belajar selepas sekolah menengah. Saya tidak mampu pergi ke kolej..

Keluarga Patrick sedang “lemas di dalam hutang”.  Keputusan pelajarannya cemerlang dan dia mempunyai semangat kuat untuk belajar. Tetapi dia ketahui dia tidak ada cukup untuk meneruskan pelajarannya selepas sekolah menengah. Dia cuba masak untuk menyimpan wang, tetapi memang masih tidak mencukupi.

Selepas UMFF memilih Patrick sebagai scholar pertama mereka, Patrick berjaya masuk ke universiti politeknik di Marakina, Philippines. Dengan semua wang yang Adele dan ahli-ahli UMFF ketepikan setiap bulan, dan biasiswa yang dimulakan oleh 30 pelajar miskin sepertinya, kehidupan Patrick telah diubah.

Seperti dikatakan Adele, “Kami semua melihat sedikit daripada diri kami di dalam Patrick. Semangat dan kegigihannya adalah satu pengajaran yang jauh lebih bernilai daripada sebarang kelas.”

Dan tanpa Patrick mengetahuinya, individu-individu yang sedang menaja pelajarannya benar-benar mengetahui – lebih daripada orang lain – makna peluang ini kepadanya.

Credit: Our Better World FB

Kisah ini mungkin berakhir di sini – sudah cukup mengagumkan dan berinspirasi. Tetapi terdapat satu lagi bahagian yang perlu diceritakan.

Ia tentang apa yang berlaku selepas biasiswa ini.

“Perbantuan ini tidak berakhir dengan saya. saya akan meneruskannya, dan saya harap orang selepas saya akan berbuat begitu juga.”

“I told myself, after I graduate from college, I will also help someone else. Someone who is also in dire straits like I was. Someone with no money, but the heart and the determination to get an education. I will do this so this help doesn’t end with me.

And hopefully, the person I help will, in turn, keep it going and pass on what we learnt from this scholarship.” -Patrick, Scholar UMFF

Seperti dikongsi oleh Adele pada permulaan, membantu orang lain tidak pernah mengira berapa yang ada di dalam dompet. Membantu ialah tentang hati – dan ia tidak pernah akan berhenti di situ sahaja. Berbuat baik akan menggandakan kebahagiaan dan kebaikan di dalam dunia, pada cara yang anda mungkin tidak akan tahu pun.

Giving is never about your wallet. It's always about your heart.

Credit: Our Better World FB

Di Skolafund, kami benar-benar percaya di dalam segala yang dikatakan oleh Ultra Mega Friends Foundation. Kami juga percaya bahawa pelajar cemerlang yang tidak mempunyai kebolehan kewangan tetap berhak mendapat peluang pelajaran tinggi. 

Kami percaya bahawa, jika kita semua bergabung bersama dan memberi sedikit yang kami ada, kami boleh membuat pengubahan besar dalam kehidupan para muda kita.

Kami percaya, membantu tidak pernah tentang jumlah yang diberi – membantu hanya tentang hati.

Kami mengharapkan yang terbaik untuk Ultra Mega Friends Foundation dan Patrick – Sarjana Rakyat Philippines.

Kisah ini diceritakan oleh Our Better World. Kami amat berterima kasih kepada mereka kerana berkongsinya bersama kami. Anda boleh baca artikel mereka di bahasa English atau Mandarin, dan menonton video yang mereka hasilkan tentang UMFF di sini.

Adakah anda diberi inspirasi oleh UMFF untuk memulakan biasiswa anda sendiri? Kami boleh membantu anda.

Cara-caranya:

  1. Kumpulkan rakan-rakan murah hati bersama.
  2. Fikirkan nama untuk biasiswa anda. Mungkin nama seorang yang ingin anda menghargai, atau nama kumpulan/organisasi anda.
  3. Tetapkan jumlah wang untuk biasiswa ini, dan fikirkan ciri-ciri pelajar yang anda sedang mencari untuk mengubah hidup mereka.
  4. Anda boleh menggunakan platform Skolaship untuk memulakan biasiswa anda sendiri.
  5. Kami akan hubungi anda, dan tidak lama kemudian, biasiswa anda akan terbuka untuk pemohonan daripada pelajar-pelajar universiti!

Memulakan biasiswa bukan sesuatu yang hanya kerajaan atau organisasi besar boleh melakukan. Siapa sahaja pun boleh memulakan biasiswa. Seperti yang ditunjukkan oleh UMFF, kita hanya memerlukan hati yang bersemangat untuk membantu.


Adakah anda rasa terharu? Pastikan anda kongsi kisah ini bersama rakan-rakan universiti dan keluarga anda, untuk memberi inspirasi kepada mereka. Anda boleh menggunakan Facebook, Twitter atau Whatsapp.

Ketahui lebih tentang Skolafund di sini.

6 Persediaan Wajib Untuk Pelajar Universiti Yang Hendak Berjaya Pada Semester Baru

5 Manfaat Google Drive Yang Pasti Akan Memudahkan Hidup Graduan Bijak

 

Have Your Say!