Meyambut Merdeka Bersihkan Sampah di Sungai Paya Jaras

Pasti ramai yang tidak sabar menanti hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Hari ini, 31 Ogos 2024, melakar tahun yang ke-67 kita bebas daripada penjajah. Pada hari Merdeka ini juga, team Kitafund melalui inisiatif di bawah Kitafund Experience turun padang untuk menyambut merdeka bersihkan sampah di Sungai Paya Jaras.

Antara rakan kolaborasi lain yang turut bersama menjayakan aktiviti ‘Merdeka Dari Sampah’ pada hari ini adalah Lokohopunoh (LKP), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), JPKK Paya Jaras Hilir, dan banyak lagi.

Perserta tiba di Sungai Paya Jaras seawal 7 pagi dengan penuh semangat dan dedikasi untuk menolong bumi kita yang semakin “tenat” ini. Walau kita sudah mencapai kemerdekaan yang ke-67, minda kita mungkin masih belum bebas daripada penjajahan.

Inisiatif ini dijalankan untuk:

  1. Berbuat Baik: Menjalinkan semangat kerjasama komuniti
  2. Memelihara Alam Sekitar: Mengelakkan kawasan terlibat daripada banjir
  3. Pendidikan dan Kesedaran: Memberi kesedaran tentang menjaga alam sekitar daripada sampah terutama kawasan sungai

Juga Baca: Sebar Kebaikan Jariah Di Hujung Jari Anda

Dengan mengekalkan sungai yang bersih dan terjaga, ia boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat sekitar dan dalam masa yang sama menjadikan kawasan itu lebih selesa untuk didiami dan mengelak dari bencana alam untuk terjadi seperti banjir.

bersihkan sampah

Melalui inisiatif di bawah Kitafund Experience ini juga, kami ingin mengajak lebih ramai orang ramai di luar sana untuk “memberi kembali” bukan sahaja kepada komuniti dan insan-insan yang memerlukan, malah juga kepada sekeliling kita seperti haiwan dan juga bumi seperti bersihkan sampah.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyokong-penyokong Kitafund di luar sana yang bantu menjayakan program ini. Tanpa sokongan daripada #OrangBaik semua, inisiatif seperti ini tidak dapat dijalankan dengan jayanya.

Jika anda sukakan inisiatif seperti ini dan ingin teruskan menjadi sebahagian daripada #KomunitiPeduli, anda boleh lihat kempen ini dan sokong samada melalui bantuan di kempen ataupun dengan berkongsi bersama keluarga atau kawan-kawan anda.

Jom kita teruskan usaha kita dengan sama-sama menjaga bumi kita untuk bebas daripada sampah. Jom kita tengok video bersihkan sampah harini!

Have Your Say!