in Articles, Education

Biar Overload Courses, Jangan Overload Diri Anda.

Ingin berjaya pada semester baru? Ini caranya.

Terdapat pelbagai sebab mengapa seorang pelajar universiti ingin overload, atau mengambil kursus/credit hour yang lebih daripada biasa, pada satu semester.

Mungkin anda boleh melengkapkan semua credit hour anda dan elakkan daripada memanjangkan pelajaran anda.

Mungkin anda hendak graduate lebih awal untuk sebab-sebab tertentu.

Atau mungkin anda ingin mencabar diri anda?

Apa jua sebab pun, pastikan anda telah cukup persediaan SEBELUM mulakan semester. Dan jika anda tidak ingin overload, 6 persediaan ini masih akan mebantu anda memastikan semester yang akan datang lebih baik daripada yang sebelum.

6 Persediaan Yang Wajib Untuk Pelajar Universiti Yang Hendak Overload (Atau Hanya Ingin Berjaya)

Persediaan diperlukan sebelum dan sepanjang semester.

Persediaan diperlukan sebelum dan sepanjang semester.

Tips yang disenaraikan di sini dikumpul oleh pelajar universiti Derek Siao, yang akan mengambil kursus Electrical Engineering di University of California. Sebagai persediaan untuk kehidupan graduan, dia sendiri membuat research tentang cara-cara belajar secara berkesan.

Inilah hasilnya. 6 mukasurat mengumpul semua nasihat dan rahsia pelajar universiti terbaik, daripada 2 buku dan 15 post daripada Reddit, Quora dan sekeliling Internet. Dan dengan murah hati, Derek kongsi hasil selidiknya bersama warganegara Internet melalui Google Docs ini.

Baca semua 6 mukasurat yang dikumpul oleh Derek Siao di sini.

Cara untuk simpan satu copy di dalam Google Drive anda - tekan "Make A Copy" di menu

Cara untuk simpan satu copy di dalam Google Drive anda – tekan Make A Copy

Jika anda ingin edit atau save hasil tinjauan ini, anda hanya perlu tekan menu seperti berikut (File -> Make a copy…) dan anda boleh dapatkannya di dalam Google Drive peribadi anda.

Di sini, kita ingin meringkaskan 6 persediaan yang dikumpul oleh Derek di dalam dokumennya. Jika anda (atau rakan universiti anda) sedang fikir atau telah pun mengambil keputusan untuk overload pada semester akan datang, pastikan anda membaca ini terlebih dahulu!

1. Selamatkan Diri Daripada “Burnout”

Ramai pelajar universiti yang telah berkata “Ya, okay!” kepada terlalu banyak aktiviti, komitment atau kursus tahu benar perasaan burnout ini.

Burnout merupakan kepenatan secara emosi dan fizikal. Seperti Derek katakan, 4 tahun di institusi pendidikan tinggi tidak bermakna jika anda tidak sayangi diri anda untuk masa hadapan. Jika tidak dijaga, ia mungkin juga sampai ke tahap kemurungan.

Kemurungan Membunuh: 5 Cara untuk Pelajar Membantu dan Mencegah Segera

Derek memberi 3 cara menangani burnout daripada berlaku:

JANGAN tidur lambat setiap malam 

  • Merancang satu rutin, dan janji diri anda bahawa anda tidak akan belajar atau ulangkaji selepas 10pm (atau waktu yang sesuai)
  • Mulakan pagi anda dengan awal.

JANGAN belajar sahaja, cuba sertai pelbagai organisasi yang ada

  • Tak perlu risau, anda ada 3-4 tahun untuk cuba sebanyak yang anda inginkan.

Have fun!

  • Keluar dengan rakan-rakan universiti, belajar satu skill yang baru atau luangkan masa untuk aktiviti kegemaran anda (Gaming? Shopping?) – tidak ada pelajar yang boleh belajar untuk 24jam sehari.

2. Memupuk Dalam Diri Tabiat Belajar Yang Baik

Cuba sedaya upaya membaca bahan bacaan SEBELUM lecture

  • Dengan ini, lecturetutorial atau kelas menjadi sesi ulangkaji, dan anda mempunyai rangka di dalam minda untuk memahami apa yang disampaikan.
  • Masa yang terbaik untuk melakukan ini ialah pada hujung minggu.

Rajinkan diri untuk pergi kelas, beri perhatian dan mengambil nota

  • Dalam kelas, professor anda akan secara sengaja atau tidak memberitahu anda apa yang paling penting, dan akan keluar semasa peperiksaan nanti.
  • Belajar daripada buku tidak sama seperti daripada mendengar daripada professor di kelas.

SELEPAS kelas, luangkan masa untuk ulangkaji nota anda

  • Cuba melakukan ini secepat mungkin selepas kelas itu, untuk tambah atau ubah apa yang anda tulis sebelum terlupa!
  • Sekurang-kurangnya setiap minggu, kalau bukan setiap hari.

3. Cara Belajar Dan Ulangkaji Yang Berkesan

Jangan ikut nasihat ini pula, ya.

Jangan ikut nasihat ini pula, ya.

Yakinkan professor anda bahawa anda memang layak mendapat A

  • Professor dan lecturer anda merupakan manusia juga. Jangan sesekali biadab, tanya soalan yang bijak di kelas atau semasa consultation dan tunjukkan usaha anda.
  • Jika anda selalu lambat, tidak kelihatan kemas dan sebagainya, mereka akan rasa seperti anda tidak ada semangat untuk belajar.

Jangan malu atau segan bertanya atau kunjungi mereka di ofis

  • Ramai pelajar universiti tunggu sehingga minggu sebelum peperiksaan finals untuk ulangkaji, dan terus sedar mereka tidak faham lebih daripada 1/3 syllabus. Terus bertanya jika anda tidak faham.
  • Pada masa hadapan, jika anda perlukan surat recommendation untuk kerja atau reference letter untuk biasiswa-biasiswa/Masters/PhD tertentu, professor yang paling anda kenali pasti akan sedia membantu.
  • Sebaliknya, susah untuk mereka membantu pelajar yang tidak pernah mereka jumpa.

Tulis nota anda di kertas, bukan di handphone atau laptop

  • Ini memudahkan ingatan apabila nota anda ditulis di kertas.
  • Selain itu, perhatian anda tidak akan mudah terganggu.

4. Pandai Mengurus Masa Sebagai Pelajar

Susun jadual untuk diri anda – jangan ‘squeeze’ segalanya

  • Susun jadual, termasuk masa di antara kelas – adakah anda akan mengulangkaji? Pergi ke perpustakaan? Berenang atau jogging? Menonton wayang? Bersihkan bilik? Tanpa jadual, anda tidak akan mencapai matlamat asal.
  • Setiap assignment atau perkerjaan mesti dipecahkan. Contohnya, jika anda harus tulis sebuah essay, jadualkan masa anda untuk membuat lakaran, research, menulis, edit dan cetak.

5. Jangan Lupa Bersenam Dan Jaga Kesihatan

Bring A Goat To Exams, You Must! 3 Study Tips From A Jedi Doctor

Bersenam sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu

  • Mengikut tinjauan para saintis, senaman seperti berlari dan sebagainya dapat membawa manfaat kepada otak.
  • Ini juga boleh menjadi cara untuk membuat rakan-rakan baru atau relax selepas berkerja keras.

6. Mentaliti Seorang Graduan Yang Berjaya

Resepi Graduan Berjaya: Ketabahan, Rajin dan Ingin Tahu

Kesemua nasihat di atas tidak berguna jika kita sendiri tidak bermotivasi untuk berjaya. Tidak ada yang akan dapat melakukan kesemuanya secara tiba-tiba; ia memakan masa dan usaha yang banyak.

Untuk Derek, apa yang paling utama sekali ialah untuk kekalkan rasa ingin tahu atau interest di dalam apa-apa yang dipelajari. Anda yang pilih untuk belajar di universiti. Anda pilih kursus anda. Jika anda jatuh cinta dengan apa yang dipelajari, keputusan anda akan mula meningkat dan anda pasti akan lebih bahagia.

Seperti peribahasa Melayu, tak kenal maka tak cinta.


Adakah anda kenal sesiapa yang boleh manfaat daripada artikel ini? Jangan lupa ‘share’ bersama mereka melalui Facebook, Twitter atau Whatsapp!

Artikel lain untuk anda baca:

Skolaship: Zakiah Abdul Ghani Scholarship 2017

11 Nasihat Seorang ‘Abang HR Prihatin’ Kepada Setiap Graduan Yang Cari Kerja

Have Your Say!