in Articles

5 Cara Mudah Skolafund Meningkatkan Kepercayaan Dalam Crowdfunding Untuk Pelajar dan Penaja

Dalam satu bentuk atau lain, crowdfunding telah lama wujud di negara Malaysia (sempena Hari Merdeka, nantikan artikel tentang permulaan crowdfunding di Malaysia!). Namun, platform crowdfunding yang menggunakan Internet masih dikira baru.

Pada bulan September depan, Skolafund akan berumur 3 tahun. Kami mungkin telah jauh lebih berkembang daripada saat co-founder kami mendapat idea untuknya semasa di Facebook tetapi kami tetap merupakan pasukan yang sangat muda.

What inspired Skolafund?

Crowdfunding untuk pelajaran juga sama muda di Malaysia. Sejak kami mulakan perjalanan ini, kami telah melihat lebih ramai lagi yang memahami, mempercayai dan mencapai potensi mereka melalui crowdfunding. Kami percaya tren ini akan berterusan.

 

Namun, terdapat satu halangan besar yang mesti dilangkah. Kami mengatakannya pada permulaan perjalanan ini dan kami tetap mempercayainya. Minggu lepas, artikel di Vulcan Post ini mengatakan perkara sama.

Kes  9 Warga M’sia Bijak Yang Cuba Crowdfund Pelajaran Tinggi di Luar Negara

Artikel yang kami katakan disiarkan di Vulcan Post (4 August 2017) dengan tajuk To Give Or Not To Give: The Polarising Case Of M’sians Crowdfunding Their Education. Kisah disebaliknya ialah  kempen crowdfunding ini yang dikutuk habis-habisan oleh orang Malaysia sendiri, termasuk komen-komen ini:

A crowdfunding campaign to study oveseas that met with fierce criticism

Screenshots dari Vulcan Post

Malaysian internet criticism of overseas scholarship crowdfunding

Screenshots dari Vulcan Post

Dalam artikel ini, informasi lebih diberi tentang kempen crowdfunding yang dikutuk ini. Ringkasnya, sekumpulan 9 pelajar Malaysia cuba membiayai kos pelajaran luar negara ke 10 universiti terbaik di dunia. Mereka terpaksa melakukan begitu selepas perkembangan baru yang bermakna pelajar hanya dapat ditaja bursari JPA jika mereka belajar di Malaysia.

These are the 9 students who started their education crowdfunding campaign

9 Pelajar yang mulakan kempen crowdfunding ini.

Tiada kekurangan hati-hati baik di Malaysia. Tetapi paling penting yang diperlukan apabila crowdfunding ialah kepercayaan.

Kami tahu serba sedikit tentang crowdfunding pelajaran di Malaysia dan satu perkara yang kami pasti benar ialah bahawa tidak ada kekurangan insan-insan baik hati di luar sana. Ada penaja yang memberi banyak, tetapi kepada satu pelajar. Ada yang memberi sedikit, tetapi kepada ramai kempen.

Kami sayang semua penaja kami sama rata *hugs*

Tetapi seperti yang diterangkan artikel Vulcan Post, masalah yang masih wujud di antara pelajar dan penaja crowdfunding di Malaysia ialah masalah kepercayaan.

Sejak 2015 lagi, CEO kami Tengku Ahmad Syamil telah pun mengatakan kepentingan kepercayaan dalam crowdfunding ini. Oleh itu, Skolafund telah cuba memupuk lebih kepercayaan di antara pelajar dan penaja sejak permulaan – dan ini adalah 5 perkara yang kami telah lakukan dalam usaha ini.

Di sini ada 5 cara Skolafund telah berusaha untuk meningkatkan kepercayaan di antara pelajar dan penaja crowdfunding untuk pelajaran.

1. Anda mendapat kepastian bahawa setiap cerita di Skolafund benar-benar belaka.

Apabila seorang pelajar memulakan kempen crowdfunding di Skolafund.com, mereka diminta upload dokumen-dokuem penting sebagai bukti seperti:

  • Surat Masuk Universiti
  • Matric Card
  • Surat Gaji untuk semua ahli keluarga
  • Sijil Kematian (untuk kes-kes kematian dalam keluarga)
  • Surat Banktruptcy (untuk kes-kes muflis)

Kami juga akan meminta dua orang reference untuk kepastian Skolafund, sebanyak mungkin, bahawa mereka benar-benar memerlukan bantuan khalayak ramai. Satu daripada mereka wajiblah pekerja atau professor daripada universiti mereka itu.

"<yoastmark

Melalui cara ini, kami dapat memastikan privacy pelajar dan keluarga, manakala para penaja tidak perlu risau kerana kami telah melakukan segalanya untuk memastikan informasi uyang diberikan benar! Ini antara sebab mengapa kempen mengambil 1-2 minggu sebelum diluluskan di Skolafund.com.

 2. Setiap perbelanjaan direkod sehingga pada RM0.01.

Ada sebab yang sungguh jelas sekali mengapa kepercayaan begitu penting apabila melakukan crowdfunding untuk pelajaran.

…dan ia kerana ia melibatkan DUIT.

Sebagai penaja, anda ingin memastikan duit (yang anda telah berkerja keras untuk memperolehi) akan benar-benar disalurkan kepada individu yang anda ingin membantu, untuk sebab-sebab yang mereka kata mereka memerlukannya.

Dan sebagai pelajar yang berkempen, anda perlukan duit yang disumbang itu untuk disalurkan tepat pada masa kerana ada yuran untuk dibayar dan buku untuk dibeli.

Kami faham realiti ini. Di sini, Skolafund transparency sheet memainkan peranan penting – supaya semua orang ketahui apa yang sedang berlaku kepada duit yang menjadi amanah kami!

The Skolafund transparency sheet provides a public record of where your donations go.

10 Kempen Pertama di Skolafund (lihat Skolafund transparency sheet penuh di sini).

Seperti anda boleh lihat daripada screenshot di atas, apabila kempen itu tidak dapat dipenuhi, sumbangan daripada para penaja dipulangkan atau disalurkan kepada kempen lain, hanya jika mereka sendiri membenarkan saluran itu.

Duit yang dikumpulkan untuk yuran tuisyen juga disalurkan secara terus kepada pihak universiti untuk mengurangkan syak tentang penggunaan wang tersebut.

Skolafund juga menyediakan informasi secara terang tentang berapa daripada sumbangan anda akan membantu kami terus berfungsi. Anda boleh baca jelasan kami mengapa, untuk setiap sumbangan RM10, RM0.80 akan digunakan untuk kos transaction dan lain-lain di sini.

3. Kami pastikan setiap pelajar tahu tentang crowdfunding – melalui sebuah kuiz!

Kami ingin menjelaskan satu mitos: crowdfunding bukan tiket percuma untuk mencapai impian anda. Kempen crowdfunding yang berjaya memerlukan usaha, kerja keras dan sedikit bantuan.

Kami benar-benar mengambil berat tentang setiap pelajar yang memulakan kempen di Skolafund dan ingin memastikan mereka ketahui apa yang mereka sedang lakukan. Seperti contoh dari Vulcan Post menunjukkan, crowdfunding boleh menjadi satu pengalaman yang penuh tekanan, di mana masalah peribadi didedahkan kepada khalayak ramai.

Tetapi untuk ramai pelajar, ia juga boleh menjadi pengalaman di mana anda akan rasa kasih sayang dan sokongan teramat besar dari keluarga, rakan dan orang awam.

“Crowdfunding was not just about raising funds – I also received a lot of love.”

Skolafund telah berusaha untuk mendidik pelajar-pelajar kami tentang  crowdfunding sebelum mereka memulakan satu kempen pun. Ini termasuk kuiz dan video tutorial yang mereka wajib melalui dan mendapat 100% sebelum dibenarkan teruskan kempen. Saksikan video pertama di series tutorial kami:

Melalui video-video pendek ini, kami harap setiap pelajar yang memulakan kempen bersama Skolafund akan memperolehi pengalaman yang positif dan bahagia semasa crowdfunding.

4. You’ll never walk alone (kerana Skolafund sentiasa di sisi anda).

Sebaik sahaja 30 hari untuk kempen anda bermula, ia boleh rasa seperti perjalanan yang jauh untuk mencapai matlamat yang anda pilih. Tekanan akan tambah jika masa hampir tamat dan anda belum mencapai 100% atau jika sesuatu yang tidak disangka berlaku dalam hidup anda seperti kemalangan.

Mereka yang memulakan kempen di  Skolafund boleh yakin bahawa dengan hanya satu tweet, email atau Facebook Message, kami sedia membantu! Saat kempen itu bermula, pelajar itu juga akan mendapat email setiap hari penuh dengan cara-cara menyebarkan kempen crowdfunding itu dengan effective.

Walauapapun yang berlaku semasa kempen, kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar-pelajar kami – pelajaran dan harapan mereka sentiasa nombor satu di fikiran kami.

5. Untuk pelajar dan juga penaja, perjalanan tidak berakhir begitu sahaja. Ini perhubungan yang akan kekal.

RM10 yang anda sumbangkan kepada kempen di Skolafund mungkin tidak rasa seperti banyak, tetapi tidak kepada kami.

Bagi kami dan juga untuk pelajar yang anda menaja, ia perkara yang besar.

Duit itu merupakan pelaburan untuk masa hadapan yang lebih cerah untuk si pelajar itu – dan untuk masyarakat apabila beliau berjaya dan membuat sumbangan positif.

Duit itu menunjukkan kepercayaan anda terhadap pelajar itu dan sokongan anda kepada impiannya untuk membina dunia yang lebih baik.

Di Skolafund, kami percaya kebaikan akan sentiasa menyebabkan kebaikan yang berganda. Dengan lebih pelajar yang dibantu oleh masyarakat melalui Skolafund, kami telah melahirkan satu generasi pelajar yang tekad untuk menyumbang balik kepada masyarakat.

Mereka telah kongsi pengalaman mereka bersama pelajar lain yang mungkin ingin memulakan kempen crowdfunding melalui #skolafunded.  Mereka menghantar berita terkini tentang perjalanan mereka kepada para penaja untuk memastikan mereka sentiasa sedar berapa besar impak sumbangkan mereka pada kehidupan pelajar-pelajar ini.  Dan pada setiap kempen, pelajar kami akan berikrar dan melakarkan bagaimana mereka akan menyumbang kembali kepada masyarakat selepas universiti nanti.

Dengan membina kehidupan lebih baik untuk semua.


Adakah anda rasa ingin menyumbang kepada pelajar-pelajar yang memerlukan? Sila baca kempen-kempen yang sedang berjalan di Skolafund.com dan ambil keputusan buat diri anda jika anda ingin menaja RM10 yang akan mengubah kehidupan pelajar ini.

Bagaimana anda rasa kita boleh meningkatkan kepercayaan di antara pelajar dan masyarakat di dalam education crowdfunding di Malaysia? Tinggalkan komen di bawah atau emel di [email protected]. Jangan lupa kongsikan artikel ini agar kami dapat menyebarkan mesej crowdfunding kepada seluruh Malaysia!

Featured Image Credit: Pixabay

 

Have Your Say!